LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS merupakan sekolah berasrama penuh yang terletak 3 km dari Bandar Taiping dan terletak di kaki Bukit Larut,Perak. Sekolah ini merangkumi kawasan seluas 51.9 ekar dan diasaskan pada 1 Januari1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga.
Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak,
dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil
Alallahi Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 3 Oktober 1983. Sekolah ini juga pernah dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Taiping, SEMESTA.
Nama sekolah secara rasminya ditukarkan kepada Sekolah Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS pada 21 Februari 1987 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah.
Comments
Post a Comment