SEJARAH AWAL

Sejarah Awal

Urus setia awal yang yang menguruskan pembinaan sekolah ini terletak di Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Apabila pembinaan telah siap dilakukan pada 14 Julai 1982, urus setia telah dipindahkan ke bangunan baru. Bangunan lain termasuklah Dewan Kuliah, Balai Islam, Balai Pameran, Astaka dan Bangunan Kejuruteraan telah dibina kemudian.
Kumpulan staf pertama melaporkan diri untuk bekerja pada 16 April 1982. Kumpulan pelajar pertama didaftarkan pada 14 Ogos 1982. Terdapat 6 buah kelas pada mulanya bagi Tingkatan 1, 6 kelas bagi Tingkatan Empat dan 4 kelas bagi Tingkatan Enam Bawah. Kelas matrikulasi bagi Universiti Sains Malaysia bermula pada 11 Jun 1984 dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 144 orang.
Kini, sekolah ini hanya menyediakan tempat bagi Tingkatan 1 hingga 5.

Comments

Popular Posts